Monday, May 31, 2010

Bicara Pendaki Everest


Masyarakat Tg Karang bertuah kerana dapat berkongsi pengalaman bersama pendaki gunung everest, saudara Muqarrabin..Beliau merupakan orang Melayu pertama menjejaki kemuncak gunung everest.......dan kini dalam misi menawan 7 gunung tertinggi di dunia...syabas...we wish you all the best...Sememangnya mendaki gunung ini adalah salah satu daripada sunnah para Nabi...ujar beliau...go for it bro...

Wednesday, May 26, 2010

Persiapan akhir..pelan terbaru jom gegar


Persiapan semakin rancak..pada hari Khamis, 27 Mei 2010..Majlis Kesyukuran Musim Menuai dan Perisytiharan Sambutan Musim Menuai akan dilaksanakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Datuk Seri (Dr) Hj Noh Bin Hj Omar. Majlis bermula pada jam 7.00 petang. Bermula dengan solat maghrib, bacaan Yaasin dan Tahlil, Tazkirah dan seterusnya Perisytiharan Permulaan Sambutan Musim Menuai selepas solat Isyak di ikuti oleh jamuan nasi ambeng...

Tuesday, May 18, 2010

Pelan Lokasi



Sebanyak 76 tapak gerai 20' x 20' disediakan untuk sektor korporat dan IKS . Sebanyak 60 tapak gerai 10' x 10' turut disediakan untuk penjaja dan peniaga kecil.



Saturday, May 15, 2010

7 pesta dalam 1

Buat julung kalinya, Tanjong Karang akan bergegar...7 pesta dalam satu..(1)Pesta Buku (2) Pesta Makanan Tradisional (3) Pesta Alatan Komunikasi dan Komputer (4) Pesta Buah-buahan (5) Pesta Audio Visual Kereta dan Aksesori (6) Pesta Sukan Lasak (7) Pesta 'Seafood Barbeque'.....alami keunikan persekitaran kawasan Barat Laut Selangor..

Thursday, May 13, 2010

Datang ! Jangan Tak Datang !


Masa untuk bersantai bersama keluarga serta menikmati 'The Best of Tanjong Karang'.....

Rojak Tanjong Karang, Soto dan Pecal Asli serta Sup Belut meletup ! Ambil kesempatan untuk menaiki Belon Panas sambil menikmati pemandangan tepi laut bakau serta kawasan sawah padi saujana mata memandang....


Waktu malamnya akan diadakan Pesta 'Seafood Barbeque'..disamping menikmati alunan muzik asli...persembahan kebudayaan..seni silat...kuda kepang...dan banyak lagi...


Jangan lepaskan peluang ini...

Saturday, May 8, 2010

Jom Gegar........28 Mei - 6 Jun 2010

Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia..

Warga Tanjong Karang dengan ini mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan - puan ke Pekan Tanjong Karang sempena Pesta Menuai Nasional 2010 bermula daripada 28 Mei - 6 Jun 2010.

Selamat beristirehat, bergembira bersama keluarga dan menikmati persembahan daripada kami.....

Terimakasih kerana sudi datang dan bergembira dan bersyukur di atas pemberian nikmat daripada ilahi pada musim menuai tahun ini....

Untuk Pertanyaan Tempahan Gerai dan Acara, sila hubungi

012-3624648 / 012-3497084 / 019-6313969



JOM GEGAR!!!!!!!!!!